Newsletter dari Raja Lelong..
"Saya sering melakukan Carian untuk nama dan produk-produk saya melalui Google dan Yahoo! untuk melihat ranking carian dan apa yang sedang diperkatakan oleh orang lain mengenainya.
Saya sering berjumpa dengan blog dan laman web yang memperkatakan mengenai
produk dan diri saya sendiri. Alhamdullilah setakat ini semuanya baik. Terdapat satu perkara menarik yang saya lihat sering diperkatakan mengenai saya iaitu ada yang beranggapan saya merupakan Internet Marketer sepenuh masa dan tidak mempunyai perkerjaan lain.
Biar saya cuba jelaskan di sini. Saya sebenarnya masih mempunyai pekerjaan tetap
tetapi juga merupakan Internet Marketer sepenuh masa! Bagaimana ini boleh dilakukan? Ia sebenarnya mudah dilakukan dengan menggunakan kuasa internet! Walaupun pada hari bekerja saya akan bekerja dari pukul 8.00 pagi sehingga 5.00
petang, namun demikian, perniagaan internet saya masih juga berjalan tanpa perlu sebarang pemantauan daripada saya. Pada sebelah malam saya cuma menjawab email daripada pelanggan dan memeriksa duit yang sudah masuk ke dalam akaun.
Inilah kekuatan internet! Ianya tidak boleh dilakukan untuk sebarang bentuk perniagaan yang lain.
Sekiranya anda beranggapan bahawa anda perlu berhenti kerja untuk mendapat
wang besar melalui internet, anda sebenarnya mempunyai persepsi yang salah!
Dengan sistem yang sesuai, anda mampu untuk melakukan otomasi supaya anda
boleh melakukan pekerjaan atau aktiviti lain semasa perniagaan internet anda
sedang berjalan.
Jualan saya di Lelong.com.my, eBay.com dan laman web saya sendiri berjalan secara
otomatik tanpa perlu saya melakukan apa-apa.Sebagai contoh, baru-baru ini saya telah bercuti Hari Raya selama hampir 2 minggu tetapiperniagaan internet saya masih lagi bergerak dengan lancar dan menjana wang untuk saya tanpa perlu sebarang pemantauan dari saya. Dalam pada itu, walaupun saya masih mempunyai pekerjaan tetap, perniagaan internet saya langsung tidak menggangu pekerjaan tersebut.
Disebabkan perniagaan internet, saya mampu menjana pendapatan yang lumayan. Saya kinimempunyai pilihan samaada untuk terus bekerja secara tetap ataupun tidak, tanpa perlu terlalu bergantung kepada gaji tetap yang saya perolehi.
Bukankah itu impian setiap orang? Mempunyai pilihan untuk bekerja atau tidak bekerja tanpa perlu terlalu risau mengenai gaji tetap yang akan ditinggalkan sekiranya berhenti bekerja, ini merupakan satu perasaan yang tiada tandingannya.
Sekiranya pada bila-bila masa anda merasakan yang pekerjaan anda sudah tidak lagi
memberikan kepuasan kepada anda - boleh jadi disebabkan oleh bos yang tidak baik, terpaksa berpindah ke tempat lain atau gaji yang tidak seberapa, maka tanpa berfikir lama anda boleh berhenti bekerja. Saya mahu anda juga memiliki pilihan tersebut!
Di sepanjang pembabitan saya di dalam dunia perniagaan internet, saya sudah berkesempatan membaca dan mengenali ramai individu daripada pelbagai latar belakang yang berjaya di dalam dunia perniagaan internet. Berikut merupakan di antara beberapa latar belakang yang saya ketahui di Malaysia:
- Budak lepasan SPM yang tidak berminat untuk menyambung pelajaran ke universiti kerana sudah mendapat pendapatan yang lumayan di dalam perniagaan internetnya.
- Budak universiti yang mampu menjana pendapatan yang lumayan melalui perniagaan internet melebihi orang yang sudah bekerja walaupun masih lagi menuntut di universiti.
- Individu yang berhenti bekerja selepas 5 tahun bekerja kerana sudah mendapat pendapatan lumayan melalui internet melebihi apa yang diperolehi oleh bos lamanya.
- Pensyarah universiti yang mendapat pendapatan sampingan melalui perniagaan internet melebihi gaji yang diperolehinya setiap bulan sebagai pensyarah.
- Juruterbang jutawan yang masih bekerja disebabkan minat walaupun pendapatan perniagaannya yang dipasarkan melalui internet sudah melebihi gaji tahunannya sebagai seorang juruterbang.
Anda mungkin mengenali mereka daripada penerangan yang saya berikan. Kesemua individu ini adalah benar dan merupakan orang biasa seperti saya dan anda. Namun demikian, disebabkan kesungguhan dan motivasi, mereka mampu mencapai impian yang cuma segelintir daripada kita mampu capai.
Tidak ada perkara yang mustahil sekiranya anda bersedia untuk memasang impian dan berusaha ke arahnya. Sememangnya kejayaan tidak bergantung kepada di mana anda berada sekarang, tetapi kepada ke mana arah tujuan anda selepas ini!
Sekiranya anda masih lagi memasang impian yang kecil untuk perniagaan internet anda, inilah masa untuk anda mencari impian yang lebih besar.
Pilihlah impian yang lebih besar atau lebih sukar. Anda tidak perlu mengeluarkan sebarang bayaran untuk memasang impian. Dengan impian yang kukuh dan usaha yang berterusan, saya pasti anda akan mampu mencapainya.
..................................................................................................................................
Anda BOLEH menerbitkan semula artikel ini di dalam blog, ezine, newsletter dan ebook anda untuk apa jua tujuan asalkan tiada perubahan dilakukan terhadapnya. Tetapi anda wajib menyertakan tag berikut di penghujung artikel tersebut:
Eruwan Gerry Norsen
Pakar Lelongan Online
www.RahsiaRajaLelong.com "
I wonder how energetic you can handle more than 1 job in a time. Pape pun, moga what ever you do is always success :)
ReplyDelete... bukan senangnak senang...
ReplyDelete... Masa mula2 nak berjaya, kena struggle... takde jalan pintas. Thanks Shai