Monday, September 22, 2008
Mengimbau Alam Persekolahan Samdaddycool
5 tabiat buruk dizaman persekolahan..
SK Parit Bunga, SM Sains Johor..
1. Stay up setiap malam sepanjang tingkatan 4, hanya untuk 'copy' homework - pasal aku kena duty jaga kelas (pengawas)
2. Panjat tangki sekolah semata-mata nak jadi antara 'Hall of fames' - sign, lukis kartun...
3. Guna minyak rambut jenama 'tancho' - top siot satu sekolah!
4. Salah guna kuasa sebagai otai (form 5) untuk potong queue kat dewan makan.
5. Buat homework depan tv masa cuti sekolah.. alamat habis cuti memang aku tak pernah siap...
3 Subjek Kesukaan dan kenapa
1. kemahiran hidup (pilihan A, Seni Perusahaan)... cool dan sampai sekarang banyak benda yang boleh aku apply dalam hidup sehari-hari..
2. lukisan.. aku suka tengok senior lepas2 buat batik, dan aku sorang je calon dalam sekolah ambil lukisan.
3. Matematik moden.. Maths is easy!
3 Subjek yang aku tak suka dan Kenapa
1. Sejarah... aku lemah betul nak hafal tarikh penting
2. Fizik... payah siot!
3. English.. pasal tak pandai-pandai...
Menarik pada aku
1. Darjah 4 aku dah wakil sekolah pertandingan tulisan jawi
2. Sekolah rendah / ugama wakil tilawah al-quran
3. Aku mula-mula pandai berniaga seawal umur 9 tahun (darjah 3) pasal kawan-kawan aku duduk terrace housing, aku jual buah-buah dusun. Aku juga pernah berniaga name tag (yang machine dia macam stapler). Aku berniaga kad raya masa sekolah menegah (handmade), jadi barber (rm1.00 satu kepala)
Aku paling suka
Merayau dengan basikal masa sekolah rendah.. habis aku jelajah macam-macam ceruk rantau... mandi kat tali air, cari siput sedut, masuk dusun petik buah-buah.
Aku tak boleh hidup tanpa…
tv dan suratkhabar tapi sekarang tak tengok langsung.
Siapa aku hubungi setiap malam sebelum tidur
Zaman aku tak canggih.. handphone tu adalah sejenis alien...
Kepada Siapa aku nak sebarkan TAG ni
Dengan berbesar hati, aku meneruskan tradisi mengetag orang lain supay dibebankan dengan kerja.. kikiki..
Sapa-sapa yang ada masa terluang, bolehlah jawab.. kalau bz.. takpelah.
Framestone
Kento
Paan
DinBeramboi
Fralyana
Ucapan Selamat Hari Raya buat semua
I received an email from my friend, Maya... I'd like to share it with all readers, my friends, customers and every single person in the world....
Assalamualaikum,
Semoga ramadhan yg berlalu dah mentarbiah kita secukupnya utk 11 bulan yg bakal mendatang (kalau panjang umur le), anyway ramadhan tak habih lagi...rebut le peluang ketika ia masih di sisi..
Hai.. apa khabar semua.... dikesempatan ini saya, ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba...
Haa..nak raya tu..kenalah tunggu dulu.... jangan nanti ada yang dah raya pulak.. Sabar...Sabar.....Kalau ada yang rayer dulu tu..ehemm..paham-paham jer la yer....Raya nanti jangan le cuti lelamer sangat....Pada mereka-mereka yang balik
naikker... naik
ker... naik
ker..... ataupun
naik ker ... atau naik aper-aper jelah yang janji sampai tu..berhati-hatilah di jalanraya....jangan ingat korang jer yang ada kat jalan raya tu....
Saya biasalah..balik kampung ni bergaya dengan ehem-ehem....he he... but, apa yang penting kat sini...JANGAN BERLUMBA tau!! nanti tak pasal-pasal belum sampai destinasi dah tukar
pulak....uishh uishhh...Amboi- amboi...masing- masing ni dah nak dapat
gaji...tu beringat sikit... rayer ni boleh la BELAGAK ye.. beli
baru ke.... Pada yang ada anak tu belikanlah kasut
baru.. Uiiii 'pesen' baru tu... Ha!! Mana yang nak repair-repair
rumah tu, cat-cat ker..buat la..mesti meriah kan ...
dengan rumah baru.... Jangan lupa tanam - tanam
la apa yang patut.... barulah berseri sikit....
Eh sibuk nak rayer jer...dah buat belum???.... Raya nanti bolehlah saya datang rumah bawak segerombolan rombongan..ha ha ha.. jangan lupa buat la apa-apa yang patut... kopi ker ...
nescafe ke...paling mahal pun oren la...oren mahal tau bukan oren murah.... baru sedap....Oh ya...kalau nak balik kampung beraya tu kenalah beringat sikit... mana-mana yang ada belaan tu...
ker... ha..jangan lupa tinggalkan makan untuknya..nanti tak pasal-pasal....
ada yang merajuk
.. haa sapa susah???!!! Lagi satu paling IMPORTANT nak kasi ingat kat sini...jangan lelama sangat nanti rumah tu masuk
eee
takutnya.... . eeeee .....
HA HA HA KI KI KI...he he... Pada mereka-mereka yang tak cuti masa raya nanti jangan la dok
jer... tak buat keje... jer..he he...Raya nanti kalau nak potong
ker..potong
ker...apa-apalah yang boleh dipotong untuk buat rendang tu..masak sedap-sedap tau..boleh bagi kat saya...sikit....hehe...
Tidak lupa juga pada mereka-mereka yang akan melangsungkan pada musim raya ni...saya ucapkan "Selamat Pengantin Raya"..waaaa ka ka ka ka...
Makan kuih raya tu beringat sikit... karang masuk kerja semua macam.. HUAH3...
Jangan marah aaaa...
Regards,
Samdaddycool
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin
Pembelian tudung Muhasabah Trading secara online
Untuk para pelanggan yang dikasihi sekalian. Masih belum terlambat untuk anda mendapatkan koleksi jubah terkini, tudung serta batik daripada koleksi Muhasabah Trading. Ramadhan masih berbaki 7 hari lagi, sementara perkhidmatan Pos Laju berlanjutan sehingga 30hb September 2008 (tarikh akhir sebelum menjelangnya Syawal).
Penghantaran menggunakan Pos laju amat diyakini iaitu mengambil masa selewat-lewatnya 4 hari, terutama yang berada di Sabah dan Sarawak.
Pembelian terakhir masih boleh dilakukan sehingga hari Jumaat, 26 September 2008. Segala penghantaran akan dilakukan pada hari pembelian bagi mengelakkan kelewatan. Sila layari http://250176.Lelong.com.my untuk koleksi tudung serta batik atau eBay store kami untuk koleksi jubah labuh serta jubah seluar.
Selamat menjalani ibadah puasa dan Salam Aidilfitri. Semoga Ramadhan dan Syawal ini lebih diberkati. Amin.
Sunday, September 21, 2008
Make money online / offline by selling tudung

Tudung, scarf, hijab, selendang, shawl, head cover, burq, and so many names given for the Women Moslem (muslimah) clothing, used to cover their hair.
Selling tudung is something that I never thought before, I was coincident. Suddenly I jumped into this fantastic business stream.
Why this is fantastic? Because it is daily clothing need for girls out there. The fashion, style and trend is keep changing. It really gives you money if you know how to sell.
Selling method? Which one I prefer? For me, I'd like to do both online and offline. You can make money selling tudung online, either on eBay, Lelong, own online store or even free blog (blogger etc). For offline busines, you can choose direct selling (officemate / orang kampung / jiran), expo ramadhan, Small kiosk, shop lot, commercial lot, pasar malam, pasar pagi and even pasar tani. Those places are really good as long there are crowds - the chances you get your items sold is very high.
I thing that all. I have no more idea to say.
Memang boleh buat duit dengan menjual tudung. Siapa kata tak boleh jadi jutawan dengan jual tudung. Cuma yang diperlukan adalah komitmen, pengurusan, sabar, tekun, ikhtiar, doa, usaha, tawakal. Insyaallah berjaya.
Saturday, September 20, 2008
Aku dan Ramadhan
Hari ini telah masuk tanggal 21 Ramadhan 1429, bersamaan 21 September 2008. Tatkala aku menulis, petang tadi aku terimbau kenangan 2007, antara Ramadhan paling mencabar sepanjang hidupku sebagai hamba Allah.
Aku memulakan perniagaan sendiri menjual tudung, jubah dan batik sepenuh masa, meninggalkan karier aku sebagai pengembala kambing, seorang arkitek. Apa yang berlaku buat diriku, kuharap dapat dijadikan panduan serta pengajaran buat anak cucu serta rakan-rakan yang lain.
Ramadhan 2007 - Setelah aku ‘dibuang’ oleh ‘dia’ dari Terengganu, aku pulang ke kampung dengan perasaan bercampur baur, sedih, kecewa, bingung, sayu, pilu dan pelbagai lagi menghantui perasaanku. Pulang ke kampung sehelai sepinggang, meninggalkan segala harta sepencarian yang dikatakan 'hak dia' - kereta, apartment, Adam Bistro, dan Adam's Corner.Dengan berbekalkan semangat dan tekad supaya Adam Harith dapat ku bela, aku terjun mengharungi dunia perniagaan secara kecil-kecilan, memasuki Expo Ramadhan di Tanjung Emas, Muar. Tekadku, biarlah aku mampu keluar dari belenggu hutang, keluar dari kekecewaan hidup.
Sekurang-kurangnya aku bersyukur masih mempunyai semangat dan iman, masih sedar siapa diri aku, seorang hamba yang diuji dengan hanya secebis dugaan dunia. Perjalananku bukan setakat di atas dunia. Aku masih mempunyai tanggungjawab sebagai seorang hamba padaNya dan juga amanah sebagai bapa kepada Adam Harith.
Perjalanan berniaga sebenar tidak semudah yang disangka. Dunia perniagaan yang penuh dengan liku ranjaunya amat memeritkan bagi aku yang baru menceburkan diri. Hasil yang diperolehi tidak seperti yang diharapkan, hari demi hari, perniagaanku berjalan dengan amat perlahan, merangkak mendaki puncak. Persaingan yang wujud dari peniaga-peniaga besar mencabar kekuatan semangatku – peniaga yang boleh diibaratkan sebagai ikan bilis.
Walau bagaimanapun, aku tetap berpegang pada rukun iman ke-6, qada dan qadar, aku masih boleh menongkah arus. Setiap malam selepas berniaga, aku berkunjung ke Masjid Jami' Muar, solat Isyak, Tarawih serta hajat, memohon ketenangan dan keampunan. Kupanjatkan doa dengan dilinangi air mata, aku benar-benar sedih dan bingung. Aku hanya mampu menangis supaya diberikan ketenangan, dimurahkan rezeki, diberi panduan, serta tetapkan imanku. “Ya Allah, kalau benar aku banyak melakukan dosa, aku redha dengan ujianMu ini Ya Allah.”
5 hari menjelangnya Syawal, aku tidak henti-henti menangis setiap malam, teringatkan Adam Harith yang terpisah dariku. Otakku tidak dapat menerima hakikat bahawa aku akan beraya tanpa Adam dan isteri. Adam Harith juga tidak akan meraikan 1 Syawal bersama-sama bapanya sebagai satu keluarga. Hajatnya pada harijadi yang ke 5 tahun, ‘I wish a happy family’, nampaknya malap!
Alhamdulillah, hari ini, aku sudah mampu berdiri dan berjalan, walau pun masih bertatih dalam berniaga, sekurang-kurangnya aku makin stabil dalam berniaga dan juga dari segi emosi. Perniagaanku makin maju dan aku sendiri sudah mula ‘bernafas’ walau ada waktu dan ketika aku agak goyang dengan pendapatan yang turun naik. Tapi aku tetap redha dan syukur, sekurang-kurangnya aku masih lagi di kira bernasib baik. Sebab aku ada terdengar kisah orang lain yang menjadi gila ditinggalkan isteri atau kekasih. Ramai lagi umat manusia di dalam dunia yang lebih teruk nasib mereka. Setidak-tidaknya aku mampu member nafkah kepada Adam Harith serta membayar hutang-hutangku.
Semoga sisa-sisa ramadhan ini dapat kutempuh dengan lebih tenang dan tawakal. Syawal yang bakal menjelma kuharapkan sedikit sinar.
“Ya Allah, berikanlah aku ketenangan serta kebahagiaan dunia dan akhirat. Murahkan rezekiku, kuatkan imanku, tempatkan kami di dalam syurga serta jauhkan kami dari azab neraka.”
Buat bekas isteriku, aku halalkan makan minum kamu berdua. Aku halalkan apa sahaja dunia dan akhirat. Apa yang terjadi padaku, aku redha dengan ketentuanNya. Aku syukur diberi ujian (dan peringatan) tatkala aku lalai dalam menunaikan amanah serta tanggungjawab sebagai hamba. Buat Adam Harith, jangan lupa apa yang daddy pesan ketika berdoa. Buat semua pembaca, kuharap ambillah iktibar. Bukan niat aku nak memburukkan sesiapa, meluahkan perkara yang terbuku, itu sahaja. Namun apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya, jadikan iktibar, contoh serta tauladan.
Muhasabah diri - Firman Allah bermaksud: 'Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu sia-sia sahaja? Dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? '(al-Mukminun: 115)
Rosmansham Alias a.k.a. Samdaddycool
Muhasabah Trading.
21 Ramadhan 1429
Thursday, September 18, 2008
I'm still fasting...

I'm so tired now.. I was thinking to breaking fast since 12 o'clock noon till now... It is very sunny day.. so hot! I've been staying under the tent at Pasar Pagi Bukit Gambir..selling tudung.. Arrghhhh ..Please I want juicy chill orange juice!!!
Hope I can wait till Maghrib... so my puasa still 'takde lobang'. I'm leaving in 1/2 an hour from no to Kundang Ulu... pasar malam.
Tudung Batik Dubai (selendang batik) V.2
RM 25.00 + RM3.00 (pos ekspress/ laju)
gabungan selendang batik, serta skaf keras. Selendang dsambung ke satu sisi.
Cara pemakaian - lilitan atas kepala sekali dan lilitan kedua diletak di atas bahu.
dan juga keadaannya setelah dililit.


Wednesday, September 17, 2008
USD$ 1.00 ( 1 dollar maaa) ...angpow!!!
So, if you got lots of friends, ask them to download..... The report, totally free....

Tak rugi nak try, kalau sapa-sapa ada banyak kawan, banyak email kawan-kawan, hantar program ni, suruh dia orang download (muat turun). bukan kena bayar pun, malah dapat duit lagi... duit raya, prepare mana-mana lobang yang akan muncul lepas raya.. Mesti banyak hutang kena selesai dengan segera.
Kalau kita download, kita dapat duit, kawan-kawan kita download pula, kita dapat lagi (refferals program). Malah ebook / report yang ditawarkan pun amat-amat berguna.
Free wei! bukan suruh bayar... dapat duit angpau, dapat ilmu..Taknak juga? lantak korang lah!
Ramdhan, fasting month, Eid and business phenomenon
The scenario in Malaysia between Ramadhan, Eid and business - there are thousands (might be millions?) of the citizens involved with trades.. either in small scale or big. In the most cities and towns, there are 'pasar Ramadahan' @ paRam provided by the town hall. The traders -comes from those who are running bisnes for living, or part timer (just appear once a year to do business).
The bazaar and expo for 'bulan puasa' held in most common places accross the country. The end result- people buying food and stuffs uncontrolled and caused the household broke when the Eid took place over Ramadhan... last for few months (normally recovered after February...
The way they create 'buying environment' with commercial ads and billboard showing best buy, best value and offers really attractive. It makes the consumer amused and spend uncontrolled..
So how to budget your expenditure for Raya preparation?
Here are some list that might help
- write down the stuffs to buy
- estimate roughly the cost for every single thing
- Try to bring 'just enough' amount of money with your budget (spare few hundreds RM for emergency) and leave your ATM card! ADA BERANI?
- Avoid credit card! - unless you are making money online / offline everyday or you are super duper rich
- Buy Online... more relaxing and steady with 'stable' judgement
- This is risky but worth to try- last minute shopping when the sellers do 'LELONG! - 3 =RM10!' , especially kuih raya, tudung, songkok, capal, handbags, curtain, baju kurung, Levi's Siam mari, and so on...
If you have something to say, please do so. Maybe we can share and care for what we have done proviously , and find the solution how to save money for raya shopping..
Wasalam
I'm in the Top 100 most famous Malaysian Bloggers
Dunno the main reason for doing this.. maybe Gila Kuasa, or just to get famous? Or maybe to do something to increase traffic? Just try my luck...
So readers ... if you like my blog please vote for me. If i am famous as a blogger (one day), hope I can contribute to the country and the nations...
Selamat berpuasa, dan beringatlah dalam menunaikan amanah serta berjimatlah ketika membeli belah pada Ramdhan yang mulia...
Wasalam.

