Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh..
Sempena hari Jumaat yang mulia ini, aku merasakan Rahmat yang melimpah ruah yang Allah turunkan kepada semua hamba-hambanya yang sentiasa disayanginya, dengan kesedaran yang tinggi aku mahu kau baca sedikit coretan pada seorang blogger yang dalam blog yang beralamat URL Megat.Net.
Mungkin sesetengah daripada anda pernah mengenali beliau didalam online tetapi tidak pernah lagi bersua muka secara offline, seperti yang semua tahu segala coretan-coretan penulisan entri Megat melihatkan jiwanya mengenai Minda, Emosi dan Moral dan sedikit sebanyak memang pernah terjadi kepada kita semua tetapi kali ini entri yang dipaparkan agak emosional tentang penyakit misteri yang dialaminya selama ini, kenapa ini terjadi? siapa yang mempunyai hati jahat dizaman yang berteknologi ini? Itu aku tidak pasti tapi yang pastinya jika benar ini adalah buatan manusia yang tidak berhati perut, Aku doakan semoga dia sedar dan kembali ke jalan Allah dan semoga ALLAH menerima taubatnya.
Sepertimana didalam blognya tertulis adalah tidak sama seperti mana yang kamu lihat, “Berat mata memandang Berat Lagi bahu yang Memikul”, aku yang sering datang melawatnya sebagai adik angkat dan bisnes partner amatlah berasa susah hati apabila melihatnya, tetapi Megat sentiasa menerima tetamu dan tidak kering gusi untuk ajak berbual dalam masa yang sama menahan sakit tanpa mahu memberitahu akan kesakitannya demi menjaga hati tetamu, Ibarat menahan sakit gigi dalam masa yang sama buat kerja lain, tapi yang lebih mengetahui tuan badan sendiri. Tambahan dengan sakitnya itu, kini hanya mampu menjadi blogger sepenuh masa dan untuk mencari kerja lain dalam keadaan begitu amatlah sukar ibarat “Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”, begitulah perumpamaan yang dapat aku gambarkan pada anda semua.
Dengan rasa rendah diri aku memohon kepada sesiapa Blogger-blogger atau pembaca yang merasa simpati dapatlah kiranya memberi sedikit sumbangan kepada beliau seberapa yang mampu semoga segala jasa baik Tuan dan Puan akan dibalas oleh ALLAH dengan berlipat ganda hendaknya..InsyAllah.
Kepada yang ingin memberi sumbangan bolehlah merujuk No.Acc bank Megat seperti yang tertera dibawah ini :-
CIMB ACC : 0123 0015 4575 21 (FAISAL AMIRUL OTHMAN)
EMAIL : megatdotnet@gmail.com
HP NO : 012-7764422
(Kepada yang menderma sumbangan silalah hantarkan email anda serta Nama dan No.Telefon serta Jumlah wang sumbangan sebagai rujukan kepada megat, semoga kalian selalu berada dalam keRedhaan Allah)
(Kepada rakan blogger yang dihormati dan ingin memanjangkan entri ini dipersilakanlah mengikut cara penulisan masing-masing di blog anda)
Sekian, Wassalam.
Zairizad A.Rahim aka ezad
dia sakit apa sam?teruk sngt ke?megat ni duk mana?huhhuu..aku tgk dia mcm ok je..tp tak tahu la..sbb aku pun bkn slalu sngt komen kat blog dia..singgah ada le..huhhu
ReplyDelete