Malahan krew 360 juga membuat rujukan melalui sumber youtube yang sama, cuma lebihnya mereka hadir sendiri ke tempat Ustaz Arif, tetapi gagal mendapatkan apa yang diharap.
Tapi adakah kita terfikir penganiayaan telah dilakukan, serta 'efek' gambar serta bunyi telah dimasukkan? Walahuallam ... Kita tengok ulasan Uzar, di mana beliau memberikan ulasan yang lebih rasional.
Yang penting kita jangan cepat menjatuhkan hukum serta tunggu laporan ataupun penafian selanjutnya. Apa yang penting, rakyat Malaysia perlulah lebih berhati-hati untuk mendapatkan sesuatu rawatan kerana di negara kita ini telah wujudnya samada Doktor Perubatan temberang dan juga pengamal perubatan tradisional temberang.
Petikan Ulasan Uzar, "
Tidak dapat kita nafikan, terdapat individu yang diberi kelebihan oleh Allah untuk mengubat ( dengan izin Allah) melalui cara-cara yang unik dan luar biasa. Yang penting wajib kita pastikan tiada sebarang unsur syirik, tangkal, pemujaan, jampi mantera pelik-pelik yang dibaca.
Kita juga sedar, bahawa Jin dan Syaitan boleh digunakan untuk tujuan mewujudkan keadaan luar biasa. Justeru pemantauan cara dan amalan mana-mana pengubat tradisional adalah AMAT PENTING.
Sekali lagi saya amat-amat berharap pembaca dapat membaca dan menyebarkan panduan yang pernah saya tulis sebelum ini berkait hal penyelewengan aqidah dan kepercayaan yang banyak berlaku di dalam masyarakat kita."
Ulasan lanjut Uzar- zaharuddin.net
haihh ..kita membaca sumber yang sama ..
ReplyDeletehahaha ...
aku kurang jelas lagi menda nih ...
tak tgk pun lagi tube tu .
tapi aku ingat lagi ramalan uztaz tu tentang siti nurhaliza...
... Sekarang, ramai blogger dan juga sumber mengatakan Ustaz Arif Cakra Alam ni penipu... cuma ulasan Uzar ada rasionalnya dari segi effect yang mungkin ditokok tambah dan juga kaki orang lain semasa ON.. OFF...
ReplyDeleteCuma semua minta penjelasan dan juga bukti daripada Ustaz Arif sendiri untuk menidakkan semua dakwaan, seterusnya membuktikan dirinya benar... (kalau benar ler)
"You are not guilty until you are proven"
dia tak cakap dia salah gak itulah sebabnya orang akan tetap kata dia penipu.
ReplyDeletedalam video 360 tu dia kata dia dah tgk video youtube tersebut dan kata takder bunyi. tapi apabila wartawan tu kata ada bunyi, dia siap tidak mengaku dan dalam masa sama dia tanya selipar tu warna biru ke?
aku tak berani nak kata apa sangat tentang perkara ini. cuma aku masih belum tahu penjelasan sebenar-benarnya dari mohd arief