Aku terpanggil selepas menonton 360 di TV3 (selepas berkurun tv tak tengok aku) dan juga lepas ada 2 post melalui blog Rohaizad dot com.
Apa yang mengeletek hatiku ini adalah disebabkan tidak rasionalnya jawapan yang diberikan oleh Ustaz Arif bagi menangkis segala hujah yang diajukan. Memang dalam video yang dipertonton, bunyi beep daripada scanner amat jelas (satu Malaya boleh dengar)..dengan selamba badak, Ustaz Arif kata tak dengar! Tak tau kalau video youtube tu buat sound effect!
Apa yang dikesalkan adalah disebabkan keengganan Ustaz Arif untuk membuat demo secara langsung (live) , samada dalam rancangan 360, mahupun ketika TV Korea tu nak rakam sekali lagi 'aksi-aksi telampau' yang dipertontonkan sebelumnya.
Apa yang pasti, seluruh warga Malaysia mahukan kepastian, dan juga kesahihan siasatan 360, dan juga TV Korea. Siapakah yang benar? Adakah pihak TV, ataupun Ustaz Arif Cakra Alam? Harapan kami, kalau benar ia adalah bohongan dan dusta semata-mata, hentikanlah. Usah burukkan nama Islam dengan bertopengkan songkok haji yang dipakai. Jika TV Korea, mahupun 360 salah, buktikan wahai Ustaz Arif dan konco-konconya.
Di sini, kita tonton semula aksi panas rakaman TV Korea...
lama sgt tak blog hopping..hari ni baca sana sini pasal ustaz cakra alam ni....erk..putar alam.
ReplyDeletetunggu dpn tv juga mlm tadi, ingat ke ada penafian atau hujan dgn fakta tetapi...........auta juga!
Saya pun lama tak jenguk blog kak Jie...
ReplyDeletep/s- tengah ternanti-nanti apa kata pakar dan juga bukti yang dikatakan Ustaza Arief Cakra Alam ni tak menipu... Bukti = betul = tak tertipu para pelangan.