launch a campaign for charity -
1. Pertubuhan Anak Yatim Darul Izzah
2. Rumah Amal Belaian Kasih
3. Majlis Kanser Nasional (MAKNA)
Here are some content of the post (just copy & paste);
Sesekali berjumpa dengan seorang sahabat, dia tak pernah penat mengingatkan aku supaya menderma pada yang memerlukan. Dalam rezeki yang aku terima saban hari ada hak orang lain di dalamnya. Menderma pada yang si miskin, anak-anak yatim, si anak kecil & mereka yang kurang bernasib baik mendatangkan kepuasan yang tak tergambar oleh kata-kata. Itu aku pasti.
Mohd Ismail telah ubah persepsi aku tentang dunia blog semalam. Satu tindakan yang amat menarik bagi aku untuk turut serta. Gunakan blog untuk buat amal. Jarang sekali aku lihat blogger buat cara demikian. Berblog acapkali dikaitkan dengan buat duit online, tulis entri kisah hidup sendiri dan sebagainya.
Kau yang mampu baca blog aku di internet ni, aku andaikan sebagai seorang yang masih punya kemampuan untuk hidup secara selesa. Jadi aku ajak kau untuk turut serta dalam usaha aku untuk bantu mereka yang sangat memerlukan bantuan.
Caranya sangat mudah. Kau hanya perlu beri komen kau di sini. Untuk setiap komen, RM 0.20 akan dimasukkan ke dalam dana derma yang akan aku berikan pada badan kebajikan yang akan aku tentukan nanti. Untuk besarkan lagi dana, kau nampak logo Youthsays di sebelah? Kau klik & daftar. Setiap duit yang aku terima hasil dari pendaftaran kau, akan aku berikan secara total pada badan kebajikan tersebut.
Selepas jam 11.59 malam 31 Oktober 2008, aku akan buat summary dana yang telah aku kumpul hasil sumbangan kau (komen kau + Youthsays), kemudian wujudkan satu entri khas tentangnya. Kau risau aku gunakan cara ini untuk kepentingan sendiri? Aku akan pastikan screenshot transaksi (derma ke badan kebajikan) aku kepilkan bersama sebagai bukti.
To read more, click here
MORE WITH DERMA AMAL / CHARITY,
http://taukey.com/blog/jom-heboh-dengan-menderma/
http://www.mohdismail.net/blog/blog-action-day-2008-kemiskinan/
thanks bro sbb war2kan perkara ni. semoga ada yang terdetik hati untuk menyumbang pada pertubuhan kebajikan yang di senaraikan
ReplyDelete... tu salah satu cara beramal... tak semestinya dengan menyumbang wang ringgit, mengajak , menyeru, menyumbang tenaga.. pun salah satu cara...
ReplyDelete..harap-harap wang yang terkumpul nanti dalam jumlah yang besar!
alhamdulillah bro...pahala akhirat kena kejar juga..
ReplyDeletewah, sekarang semakin ramai yg derma sekarang. sikit2 lama2 jd bukit
ReplyDelete