Sempena Ramadhan al- Mubarak ini, wajiblah kita bermuhasabah, menghitung amal kebajikan kita yang telah dilakukan sepanjang tahun.
Ramadan juga dapat mengajar kita untuk lebih sabar, bukan sahaja 'menahan diri dari melakukan perkara yang membatalkan puasa- dari terbit fajar hingga terbenam matahari', tetapi juga melawan nafsu terutama;
1. membeli juadah puasa - set di dalam kepala berapa jenis juadah yang dapat kita makan (imbas kembali juadah hari semalam yang berlambak tak habis... menjadi habuan tong sampah!)
2. membeli belah untuk menyambut Syawal - beli kasut, ukurlah saiz kaki! Boleh kata setiap kali menjelangnya Hari Raya Puasa, hampir keseluruhan umat Islam akan berhabis-habisan membeli belah (maklumlah "Raya setahun hanya sekali!")
3. menahan amarah - sesetengah orang, walau pun puasa... still hot temper! Fikir-fikirkan... kan setan dah kena rantai?
4. NAfsu seks - bagi pasangan suami isteri... berpada-padalah, terutama menjelangnya imsak.. ;)
Selamat menjalani ibadah puasa!
ish..bab2 gi bazar ni la mata duk rambang..tu nak..ni nak...mcm sok lusa xmkn..ingt hr tu je..kuih tu la..ni la..suma nak mkn..last skali buang mcm tu je sbb dah knyang..aahaha
ReplyDeletetp yg no 4 tu..hi hi hi..alah bulan pose xyah la buat..nnt bila dah buat letih plak..pastu tak smpt nak mndi..xpsl2 dah bsk xpose..kan rugi tu..pastu nak kena ganti plak..
p/s - klu kes mcm tu kena byr denda ke x??hi hi hi
bazar ramadan.. mmg masalah negara!
ReplyDelete..yg no. 4.. mana boleh nak stop.. dah halal (suami isteri)... cuma kena set time.. tu je...