Hari ini biasanya aku gi niaga kat Pt. Sulong , Batu Pahat Tapi pasal mlm tadipayah nak tido, dan ditambah pula ari Khamis, Jumaat dan niaga pagi dan petang... ari ni dah rasa agak lemau...
..Petang ni, Insyaallah aku akan cuba gi pesta Muar. So far that's my best (killer) market place...
... Minggu lepas aku join JOMheboh MITC, Melaka. So apa aku dapat?? Rugi! Sales tak sepadan dgn sewa, gaji pekerja, travelling cost, makan?
...btw, aku baru involve full time as a trader /seller since aug2007 (MUHASABAH TRADING- batik, jubah, tudung). Walaupun baru setahun jagung, tapi makin hari makin bertambah ilmu aku dalam bidang ni, hasil pemerhatian, kajian, indirect knowledge (tru suppliers / biz contact),bacaan. Apa yang aku dapat hasil usaha sendiri (+support mak bapa, adik, beradik, kawan2 dan adam harith).. Sebelum ni aku pernah terlibat dalam Ladang kambing Jamnapari di Marang, (penolong pengurus je), bistro, cafe, pasar malam (semua ni serentak- di Terengganu). Tapi nak dijadikan asabab, aku down / jatuh / lingkup..... (panjang sgt cite nak tulis sini)... dan aku pun balik kampung, duk dgn mak bapak di Muar (Parit Bunga).
So... panjang sgt intro... back to the story. Hasil pengalaman aku main expo, pasar malam, pasar tani, pasar pagi (+buku Rahsia Jutawan Senyap - Chef Li), open market ni banyak kelebihan (tolak tepi hujan dan ribut).
Kelebihan:
Orang sangat ramai
Mereka datang sekaligus je (ONE SHOT)
Produk kita dipasarkan / dipromosikan
risiko kurang (esp harga tapak RM2 - RM10 je sehari) .. expo RM50 - RM?? sehari..
Tak buang masa. (kalu meniaga pagi, lepas tengahari dah bole buat kerja lain sampai malam)
... Awek ramai yang datang... termasuk anak dara dan mak dara ( :D )
... banyak lagi tapi lain kali lah nak cite bab ni.
berbalik kepada muhasabah kita, dalam menjalankan perniagaan, (termasuk melakukan benda lain), peganglah 4 perkara ni,
- Yakin
- Usha
- Doa
- Tawakal
Sebab apa?
Pernah saya berniaga dlm satu pasar malam tu, dapat RM6 sahaja! Cuaca ok, orang ramai, awal bulan (poket tengah berat). Tapi kenapa? Jawapan hasil muhasabah yang saya lakukan,
"Rezeki yang Allah tentukan untuk aku untuk hari tu RM6 sahaja." Tu kenapa kita kena percaya Qada dan Qadar (rukun Iman yang ke 6)... Mungkin Allah nak uji aku, dari segi tawaduk, sabar, yakin, taubat, Iman dan sebagainya.
...pernah aku meniaga satu hari dpt +/-RM770.. (tapi lepas dpt RM6 le...), dengan 2 meja kecik, payung kecik, meniaga sorang, datang naik satria, tapak pon tumpang tapak orang yang tak datang meniaga aritu! Barang pon tak kaw mana....
..Tapi aku balik umah, menangis ... Syukur sangat... sebab aku dah rasa takde duit sampai tahap nak beli telur ayam untuk adam harith tak mampu....
Sebelum tu aku hidup dlm keadaan mewah, naik flight, duk UK, melancong sana sini, kereta2 mewah... dsb.
Tapi Allah tarik semua tu, untuk sedarkan aku... bagi peringatan, bagi peluang untuk kenal diri, hisab diri, jaga tutur kata, tingkah laku, ingat balik kat mak bapa yang bela aku dari kecik!
Dan paling penting dalam berniaga, hindari RIBA!
Cukup lah untuk kali ni, nak prepare mana2 yang patut. Jap lagi nak meniaga.. dan kalu gi niaga tu, pasrah je lah brapa yang kita dapat..
...nak pinjam kata2 kawana aku, "beranganlah setinggi mana pun, tapi jangan mengharap"...
No comments:
Post a Comment